Lajukan Broadband Anda Hanya dengan Notepad !

Broadband anda dah habis Limit ? Broadband anda terasa lembab? Susah nak Buat Kerja Bila Broadband Anda Habis Limit?
Jangan risau, BroZooL ada penyelesaian yang mudah untuk lajukan Broadband anda kembali. Hanya dengan menggunakan Notepad, Broadband anda akan laju semula. Tak Percaya? Cubalah baru tahu..=)
Apa yang perlu anda lakukan ?

Langkah 1 : Sambung Broadband ke Komputer anda dan buat Connection seperti biasa. Apa yang perlu anda tahu ialah IP untuk Broadband anda. Untuk memudahkan anda, klik DI SINI untuk tahu IP anda.

(PERHATIAN : IP BROADBAND INI SENTIASA BERUBAH-UBAH MENGIKUT TEMPAT, MASA DAN KEADAAN. JADI, SETIAP KALI ANDA SAMBUNG BROADBAND ANDA, ANDA KENA PASTIKAN IP ANDA DAHULU)

Langkah 2 : Setelah anda dapat IP anda, Buka Notepad dan masukkan Code di bawah ini di dalam Notepad tersebut dan jangan lupa masukkan IP yang anda dapat tadi. Klik Di Sini sekali lagi untuk dapatkan IP anda.

c:\windows\system32\ping IP ANDA -t

Cara Menulis : c:\windows\system32\ping [jarak] IP ANDA [jarak] -t

Langkah 3 : Kemudian , Save As Fail Notepad tersebut sebagai ping.bat dan Simpan di Desktop anda. Ingat yer, jangan simpan di tempat lain,hanya di Desktop sahaja yang dibenarkan..hehe.

Langkah 4 : Klik pada ping.bat di Desktop anda dan satu tetingkap Command Prompt secara automatik akan keluar. Biarkan Command Prompt ini berjalan sepanjang proses anda online. Jika anda terkeluar daripada Connection, anda kena ulang semula Langkah 1 di atas.

Senang dan Mudah kan? Em, BroZooL buat ni berdasarkan pengalaman sendiri yang dah bekerja lama di server. Sebenarnya, teknik ini juga boleh juga dilakukan untuk pengguna-pengguna internet yang stabil. Kadang-kadang, internet yang stabil pun ada juga masa dan ketikanya loading nya jadi lambat, jadi dengan teknik ini dapat menstabilkan kembali connection anda dengan server.

Antivirus

Avira Antivir Personal